Apakah waktu subur?
Adakah anda tahu bahawa seorang wanita hanya mampu untuk berusaha hamil pada enam hari daripada keseluruhan kitaran dia pada setiap bulan? Ini dikenali sebagai waktu subur. Wanita hanya boleh berusaha hamil pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi sahaja.
Meramalkan tarikh ovulasi dan waktu subur boleh menjadi rumit terutama jika kitaran haid anda tidak tetap. Tetapi terdapat corak badan tertentu yang boleh memberi petunjuk bahawa anda sedang subur
Ovulasi dan Waktu Subur
Ovulasi adalah apabila telur yang matang dilepaskan dari ovari, ditolak ke tiub fallopio, dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.
Setelah dibebaskan, telur hanya mempunyai jangka hayat kira-kira 24 jam untuk disenyawakan. Jika telur tidak disenyawakan, ia akan mati. Sperma pasangan anda pula dapat hidup sehingga lima hari dalam badan anda. Jadi apa-apa hubungan seks dalam tempoh lima hari sebelum ovulasi (waktu subur) boleh menyebabkan persenyawaan. Walau bagaimanapun, lebih dekat hubungan seks dengan waktu ovulasi, lebih tinggi kemungkinan untuk hamil.
Bilakah waktu subur?
Kaedah-kaedah lama akan memberitahu anda bahawa ovulasi berlaku kira-kira 14 hari selepas anda haid. Waktu subur bergantung kepada panjang kitaran haid dan dipengaruhi oleh faktor luar seperti tekanan atau kekurangan zat makanan. Oleh itu, wanita perlu memberi perhatian kepada tanda-tanda badan mereka dan isyarat waktu subur sedang tiba.
Mengenal pasti Waktu Subur
Sesetengah wanita mungkin mempunyai kitaran haid yang tetap dan mereka tidak mempunyai masalah dalam menentukan waktu subur mereka. Tapi bagi kebanyakan wanita, meramalkan ovulasi yang tepat adalah jauh lebih sukar.
Antara cara untuk meramal waktu subur :
Suhu Badan Basal
Suhu badan basal (BBT) adalah suhu badan anda apabila anda mula-mula bangun pada waktu pagi, atau selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur tanpa gangguan. Untuk merakam BBT, anda perlu menggunakan termometer basal. Ia mempunyai skala yang lebih kecil daripada termometer biasa dan membolehkan anda merekod perubahan kecil dalam suhu badan anda .
Untuk menggunakan termometer basal, anda perlu mengambil suhu badan anda sebelum anda bangun dari katil. Cuba untuk mengambil suhu badan anda pada masa yang sama setiap pagi, dan sebelum anda makan atau minum.
Termometer basal Digital murah dan mudah untuk digunakan. Mereka biasanya datang dengan carta suhu. Catat setiap hari sehingga dua atau tiga bulan untuk melihat pola kitaran haid anda
Mukus serviks
Anda boleh periksa mukus serviks dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan sampai ke serviks. Mukus serviks menjadi elastik apabila mendekat waktu ovulasi
Ujian ovulasi
Kit Peramal Ovulasi boleh didapati di farmasi. Ia mengesan lonjakan hormon luteinizing (LH) dalam air kencing anda sebelum ovulasi. Ia lebih mudah digunakan dan selalunya lebih tepat daripada kaedah BBT dan boleh meramalkan ovulasi 12 hingga 36 jam lebih awal seterusnya membantu anda memaksimumkan peluang untuk hamil
.....................
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda
Masih Gagal Hamil?
------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------
Kami berpengalaman lebih 8 tahun dalam menyelesaikan masalah :
- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda