Senang Hamil: Pernah Hamil dan Mempunyai Anak Tetapi Sukar Hamil Lagi

Senang Hamil

Senang Hamil

Thursday, January 22, 2015

Pernah Hamil dan Mempunyai Anak Tetapi Sukar Hamil Lagi



Ia adalah sebuah mitos bahawa jika anda telah hamil satu atau lebih anak yang cukup bulan, anda sangat subur dan akan senang hamil lagi. Malah ketidaksuburan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa. Pasangan yang mempunyai satu atau lebih anak kandung, tanpa bantuan teknologi atau ubat kesuburan, tetapi tidak mampu untuk hami lagi selepas itu dikatakan mengalami Secondary Infertility.


Ia tidak kira jika anda mempunyai pasangan yang berbeza atau tidak kali ini. Jika anda mempunyai anak kandung dari hubungan sebelum ini dan anda masih tidak dapat hamil dengan pasangan baru, ini juga ditakrifkan sebagai Secondary Infertility.

Jika anda telah cuba selama setahun atau lebih untuk hamil, atau jika anda berusia 35 tahun ke atas dan telah mencuba selama 6 bulan atau lebih dan masih gagal, ia adalah masa untuk berjumpa doktor.

Terdapat tanda-tanda amaran anda perlu berjumpa doktor dengan segera jika :

  • Haid tidak teratur atau amat menyakitkan
  • Lebih daripada 2 atau lebih keguguran
  • Sejarah STI (Sexually transmitted infections)
  • Sejarah isu-isu kesuburan seperti endometriosis, sista ovari, dll
  • Sejarah masalah kesihatan lain seperti kencing manis, obesiti, isu-isu tiroid, ketagihan arak, ketagihan dadah, penyakit autoimun, dll

Mengapa Secondary Infertility Berlaku?

1) Faktor Umur
Semakin kita berusia, sistem badan kita tidak seperti dahulu. Hal ini berlaku jika terdapat tabiat makan yang buruk, pilihan gaya hidup dan tekanan tinggi. Walaupun kita tidak boleh menghalang proses penuaan, namun kita boleh menyokong kesihatan kita dengan cara yang terbaik iaitu melalui pilihan diet yang baik, amalan gaya hidup yang sihat dan teknik pengurangan tekanan.

Kesuburan sangat menurun apabila wanita mencapai umur 35 tahun ke atas.  Jadi sekali lagi jika anda cuba untuk hamil lagi tetapi tidak berjaya dan anda berusia 35 tahun ke atas, berjumpalah doktor

2) Cesarean Section (C-section)
Jika anda pernah melalui Cesarean Section (C-section), mungkin terdapat kerosakan tisu pada rahim atau tiub fallopio sehingga sukar untuk hamil lagi. Kerosakan tisu dan parut dalam rahim boleh menyebabkan implantasi (penempelan) menjadi sukar. Kerosakan tisu pada tiub fallopian boleh menyebabkan ia tersumbat dan menyukarkan kehamilan terjadi. Risiko ia berlaku adalah sangat rendah, tetapi meningkat jika terdapat jangkitan.

3) Hyperthyroidism 
Thyroiditis selepas bersalin didapati berlaku dalam 7% daripada wanita dalam tahun pertama selepas melahirkan anak. Tisu dalam kelenjar tiroid yang terlalu aktif membawa kepada pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Ini biasanya disebabkan oleh radang tiroid, dipanggil thyroiditis.

4) Obesiti
Jika terdapat banyak peningkatan berat badan selepas kelahiran anak terakhir anda, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa obesiti meningkatkan risiko ketidaksuburan.

Obesiti di kalangan lelaki merendahkan paras testosteron. Tahap kronik testosteron yang rendah mempengaruhi fungsi testis seterusnya menyebabkan semua hormon yang dihasilkan olehnya menjadi tidak seimbang.


.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda




Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.