Senang Hamil: Kekurangan Suatu Vitamin Ini Menyebabkan Masalah Haid

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, January 16, 2015

Kekurangan Suatu Vitamin Ini Menyebabkan Masalah Haid


Vitamin D adalah vitamin penting yang disebut-sebut memberi manfaat kepada kadar kesuburan. Ia juga mengurangkan risiko kanser, menguatkan tulang dan gigi, dan merawat kemurungan secara semula jadi.

Ia begitu penting untuk kesuburan kerana ia diperlukan untuk membantu tubuh menghasilkan hormon seks. Jumlah hormon seks yang betul di dalam badan anda adalah penting kepada keseluruhan kesejahteraan anda. Jika tidak, anda boleh mengalami PMS, PCOS dan ketidaksuburan.

Yale University School of Medicine menjalankan kajian terhadap 67 wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, di mana hanya 7% mempunyai tahap Vitamin D normal. Wanita wanita yang lain mungkin tidak mempunyai Vitamin D yang cukup atau kekurangan Vitamin D dalam tubuh mereka

Salah seorang penyelidik di Yale, Dr Lubna Pal yang juga Pengarah Program untuk Sindrom Polycystic Ovari (PCOS) di Pusat Kesuburan Yale berkata, "Tidak ada pesakit sama ada gangguan ovulasi atau sindrom PCOS menunjukkan tahap Vitamin D yang normal"

Salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan Vitamin D adalah dengan makan telur dan susu, serta mengambil minyak ikan kod.

Pilihan lain adalah untuk mengambil suplemen Vitamin D yang boleh anda beli di farmasi. Namun, anda perlu membaca label dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa anda membeli Vitamin D3 dan tidak Vitamin D2.

Vitamin D juga boleh diperolehi secara percuma dengan duduk di bawah cahaya matahari selama 15 hingga 20 minit setiap pagi. Lupakan pelindung matahari kerana ia benar-benar akan menghalang cahaya ultraungu yang diperlukan untuk menghasilkan Vitamin D. 

Matahari panas membantu kulit anda untuk membuat Vitamin D3 yang kemudian diubah oleh buah pinggang dan hati  untuk menjadi bentuk hormon yang aktif iaitu Vitamin D. Malah, dengan berada di bawah cahaya matahari hanya untuk beberapa minit sehari, badan wanita boleh menghasilkan antara 10,000 hingga 25,000 IU Vitamin D.




.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.