Senang Hamil: Antara Sebab Aliran Darah Haid Yang Banyak

Senang Hamil

Senang Hamil

Monday, April 20, 2015

Antara Sebab Aliran Darah Haid Yang Banyak


Ada wanita yang merasakan mereka mengalami pengaliran darah haid yang banyak. Ada wanita yang merasakan mereka mengalami pengaliran darah haid yang normal.

Aliran darah haid yang normal adalah kehilangan darah antara 20 dan 60 ml (4-12 sudu teh). Pendarahan boleh berlaku sehingga lapan hari dan purata pendarahan adalah selama lima hari

Aliran haid yang banyak adalah kehilangan darah 60-80 ml atau lebih. Ini adalah kira-kira setengah cawan teh atau lebih. Walau bagaimanapun, ia adalah sukar untuk mengukur jumlah darah yang anda hilang dalam tempoh haid. Untuk tujuan praktikal, aliran darah haid mungkin berlebihan jika ia menyebabkan satu atau lebih daripada yang berikut :

  • Bocor dan banjir sehingga terkena pakaian atau tempat tidur
  • Anda perlu kerap menukar tuala wanita
  • Anda perlu memakai sehingga 2 keping tuala wanita
  • Terdapat darah beku yang besar

Antara Sebab Aliran Darah Haid Yang Banyak

Fibroid. Ini adalah benigna (bukan kanser) di otot rahim

Endometriosis, jangkitan atau polip boleh membawa kepada aliran darah yang banyak

Masalah hormon. Ini berlaku dalam sesetengah wanita dengan sindrom ovari polisistik. Wanita dengan kelenjar tiroid tidak begitu aktif mungkin mengalami keadaan haid yang banyak

Alat kontraseptif dalam rahim (IUD) kadang-kadang menyebabkan aliran darah haid yang banyak.

Jangkitan pelvis. Sebagai contoh, chlamydia kadang-kadang boleh menyebabkan aliran darah haid yang banyak. Jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik

Warfarin atau ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah

Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk kemoterapi juga boleh menyebabkan aliran darah haid yang banyak

Berjumpalah doktor jika :

# Tuala wanita anda perlu ditukar setiap 1 jam
# Terdapat darah beku besar keluar
# Haid anda mengalir dan membasahi kain dan kerusi anda (flooding)



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!


.