Senang Hamil

Tuesday, September 8, 2015

Cyst Mengecil Dari 2 cm Kepada 0.7 cm




Ooo...sye alhmdulillah lps pkai mabella cist smakin mngecil..dulu 2cm..skrng 0.7cm..alhmdulillah...
Bru pkai satu..ad ckit jee ag..nnti hbs nk beli plok..😄


Suke sgt bile dktr ckp cist smkin mngecil...siap dktr tnye lg pkai ape,ckp lh pkai  krim mabella...dktr ckp krim mmg mujarap..alhmdulillah sgt2...suami pow skrng xnmpk sgt susah hti..

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Monday, September 7, 2015

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Hamil


Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.


Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari 
minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan
  • asparagus, setengah cawan
  • lentil, setengah cawan
  • hati, 1 keping
  • 11 batang taugeh brussels
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan
  • emping bran, 7 sudu makan
  • germa gandum, 25g / 1 aun
  • betik sederhana besar

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk
  • buah oren saiz besar
  • nasi putih, setengah cawan
  • oat, setengah cawan
  • kacang merah, setengah cawan
  • jagung saiz besar, 1
  • biji bunga matahari, 1 aun

Asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.


Sumber : babycenter


....................

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.

Berjaya Hamil - Pernah Keguguran

Sumber : www.pinterest.com



Sis.... good morning.. a vry happy news....
3 hari lewat sis...
Boleh teruskan pakai cam biasa kan sis...

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Friday, September 4, 2015

Berjaya Hamil - Senggugut

4 Minggu Kehamilan
Sumber : www.everydayfamily.com




Salam..sy da pregnant ..bulan ni tk dtg period...😊 alhamdulillah rezeki dr Allah...berusaha  dgn marbelle..pakai tk abes lg ..hee

Sblm ni cek pakai test pregnancy yg awk bg..tp tk kabur..tu yg beli lain..


Sy senggugut tiap bulan...
Bru kawen 6 bulan..



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 4 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Kitar Haid Xtetap
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami
- Masalah Sukar Hamil



Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Wednesday, September 2, 2015

Lama Tiada Haid Dan Masih Gagal Hamil

Sumber : www.livescience.com
Kekalkan berat badan yang sihat

Lemak yang terlalu banyak boleh menyebabkan estrogen berlebihan di dalam badan. Lemak menyimpan dan menghasilkan estrogen. Ia juga menyimpan xenoestrogens daripada plastik, makanan bukan organik, produk penjagaan badan dan pelbagai sumber lain. Ini mewujudkan persekitaran dalaman badan menjadi terlalu banyak estrogen yang boleh menurunkan paras progesterone seterusnya boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan



Kandungan lemak badan yang tinggi juga boleh menyebabkan tahap insulin yang tinggi dan memberi kesan kepada hormon leptin, yang seterusnya boleh menghalang persenyawaan telur.

Mempunyai lemak badan terlalu sedikit juga boleh mengganggu keseimbangan hormon. Wanita kurang berat badan lebih cenderung untuk mempunyai tahap hormon rendah, tidak mempunyai  haid, dan kitaran haid yang tidak teratur


Dalam usaha untuk menyokong keseimbangan hormon yang sihat untuk wanita kurang berat badan, pastikan anda makan 2200 kalori kaya dengan makanan keseluruhan, produk tenusu organik, makanan tinggi lemak yang sihat seperti salmon, minyak kelapa dan mentega kacang, dan jangan skip makan!






.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman sejak 2011 dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Berjaya Hamil - Pernah Keguguran Dan Ada Cyst





As salam sis... Sy nak bgtau berita gembira.. Sy dah pregnant 6 minggu.. Alhamdulillah.. Sy bersyukur sangat2 rezeki yg sy xsangka2.
Minggu lalu lg sy dah cek guna preg test yg sis bg tp xclear. Sy kurang yakin. So kemarin sy jmpa doktor. Doktor ckp sy hamil 5 minggu 6 hari
Terima kasih sis sbb kenalkan sy produk Mabelle.. Dengan izin Allah sy hamil.
Sori sis.. Tlu panjang pla.. Sy excited ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Eya sis.. Syukur alhamdulillah ! Sy xsgka
Sy pnah keguguran tahun lalu bln 3 dan slpas bbrapa bln slpas keguguran doktor sahkan ada cyst
Setahun lebih baru hamil semula selepas 3 tahun berkahwin

.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda


Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!

.

Tuesday, September 1, 2015

Tanda-Tanda Mengalami Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)


Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub fallopian, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub fallopian tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 
  • Pendarahan faraj yang tidak normal - Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun")
  • Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 
  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
  • Pembedahan ini lebih cepat;
  • Kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini
  • Anda tidak perlu tinggal lama di hospital
  • Kurang ubat penahan sakit diperlukan

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Sumber : babycenter



.....................
Masih Gagal Hamil?

------------------------------------
Whatsapp Masalah Anda Insya Allah Kami Bantu ke 014 291 4693
------------------------------------

Kami berpengalaman lebih 6 tahun dalam menyelesaikan masalah :

- Masalah Sukar Hamil
- Masalah Haid
- Senggugut Kuat
- Rahim Xkuat
- Mudah Keguguran
- Ada Cyst, PCOS, Fibroid Dan Endometriosis
- Masalah Suami

Whatsapp "SV27" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda





Realisasikan Impian Anda Mempunya Zuriat!!!
.