Senang Hamil: Makanan Unggul Untuk Ibu Hamil Trimester Kedua Dan Ketiga

Senang Hamil

Senang Hamil

Friday, May 8, 2015

Makanan Unggul Untuk Ibu Hamil Trimester Kedua Dan Ketiga

petua senang hamil
Sumber : pixshark.com


Pengambilan khasiat yang mencukupi amat penting untuk menyediakan persekitaran rahim yang terbaik bagi pertumbuhan bayi kerana ibu adalah satu-satunya sumber nutrisi bagi bayi mereka. Hakikatnya seorang bayi yang sihat lahir daripada ibu yang dilengkapi nutrisi yang secukupnya dan sihat dari segi fizikal.

Trimester kedua

Ketika bulan keempat, janin mula menyerap nutrient dan mendapatkan darah beroksigen daripada ibu. Pada tahap ini, Vitamin A (beta karotena) amat penting untuk meningkatkan kesihatan paru-paru, sistem penghadaman dan kulit janin, manakala zink membantu dalam perkembangan otak dan jantung bayi. Asid nukleik dan superoksida dismutase (SOD) pula merangsang pertumbuhan otak dengan meningkatkan keupayaan sel darah merah untuk mengangkut oksigen.

Sumber : whfoods.com


Sumber : whfoods.com

Pada bulan kelima dan keenam, ibu akan mula merasai pergerakan bayi dan bayi juga mengalami emosi ibu. Makanan yang kaya dengan asid linolenik boleh membantu wanita mengandung untuk menyeimbangkan paras hormone yang seterusnya dapat menstabilkan emosi mereka dengan mengurangkan kesan regangan kulit.

Makanan berkalsium tinggi dapat membantu memperkuat tulang bayi di samping mengurangkan risiko ibu mendapat osteoporosis dan kerosakan gigi. Manakala magnesium membantu memelihara kesihatan otot janin

Trimester ketiga

Pada fasa ini ibu harus mengambil lebih banyak asid lemak yang baik untuk mengurangkan peluang kelahiran pramatang dan menambah berat lahir bayi. Makanan bertenaga tinggi dan berkalori rendah harus diutamakan  untuk pertumbuhan yang sihat di samping mengelakkan tokokan berat badan berlebihan

.....................
Mencari Petua Senang Bersalin?




Softgel Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil :

✔ Membantu mengatasi masalah sembelit atau buasir
✔ Membantu memberi tenaga
✔ Membantu ibu hamil bersalin dengan mudah, cepat dan tanpa sebarang komplikasi
✔ Membantu mengurangkan risiko bayi dari terkena demam kuning
✔ Kebiasaannya bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang cantik, bersih dan sihat
✔ Boleh dijadikan sebagai makanan tambahan seawal usia kehamilan


Whatsapp "SOFT" ke 014 291 4693 dan biarkan kami membantu anda

.